• FOLLOW US
Antarabangsa, Hollywood

Pelakon Kristina Cohen Dakwa Dirogol Ed Westwick

Aktres Kristina Cohen baru-baru ini membuat laporan polis mendakwa pelakon Ed Westwick telah merogolnya tiga tahun lalu.

Kristina membuat laporan di balai polis Los Angeles selepas memuat naik status mengenai perkara itu di laman Facebooknya.

Pihak polis kini sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan Kristina yang mengatakan Ed merogolnya ketika dia tumpang tidur di rumah aktor itu pada 2014.

Menurut Kristina, dia yang keletihan tumpang tidur di bilik tamu rumah Ed sebelum menyedari aktor itu berada di atasnya sebaik bangun dari tidur sebelum kejadian rogol berlaku.

Ed kemudiannya memberi respons terhadap dakwaan Kristina dengan memuat naik satu posting di Instagram mengatakan, “Saya tidak mengenali wanita ini. Saya tidak pernah terlibat dalam kes rogol.”

Kristina mengeluarkan dakwaan itu selepas baru-baru ini Hollywood kecoh dengan dakwaan seksual yang dilakukan penerbit filem tersohor, Harvey Weinstein dan pemenang anugerah Oscar, Kevin Spacey. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend