FilemTerkini

Pelakon Seksi, Kelly Brook Teruja Berlakon Filem Santet: Black Magic

Pelakon dan model popular kelahiran England yang mencipta nama di Hollywood, Kelly Brook meluahkan keterujaannya apabila berpeluang beraksi dalam filem seram Indonesia.

Kelly berkata, ini kali pertama dia mendapat peluang untuk berlakon dalam filem di Indonesia menerusi filem Santet: Black Magic.

“Sudah tentu saya sangat teruja dan gembira dengan peluang yang diberikan ini. Ia merupakan satu pengalaman yang sangat menyeronokkan.

“Secara jujurnya saya sangat menyukai filem-filem genre seram dari Asia seperti The Ring. Bagi saya ia adalah sebuah filem yang begitu menyeramkan,” ujar pelakon berusia 38 tahun itu.

Filem Santet yang diarahkan oleh pengarah filem seram terkenal Indonesia, Helfi Kardit akan ditayangkan di pawagam Indonesia pada 4 Oktober, manakala di Malaysia pula pada 25 Oktober ini.

Selain Kelly, filem berkenaan turut menampilkan barisan pelakon Indonesia seperti Marcelino Lefrandt, Ray Sahetapy and Ayu Dyah Pasha serta pelakon kelahiran Filipina iaitu Jazz Ocampo

Dalam pada itu, menurut bekas kekasih kepada aktor popular Hollywood iaitu Jason Statham itu, mengakui agak sukar pada mulanya ketika menjalani penggambaran filem berkenaan.

“Tidak dinafikan buat permulaan agak sukar untuk menyesuaikan diri, namun semuanya berjaya diatasi. Pada masa yang sama, saya juga mula menyukai makanan-makan Indonesia.

“Berkenaan dengan situasi pelik yang menyeramkan, ada juga saya alami. Namun, ia langsung tidak ganggu fokus saya untuk teruskan penggambaran,” ujarnya yang pernah membintangi beberapa filem Hollywood seperti Piranha 3D dan The Italian Job serta siri televisyen Smallville (musim pertama).  – KopiPlanet.com

https://www.youtube.com/watch?v=gYasoTjfxE0

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button