• FOLLOW US
Antarabangsa, Kpop

Peminat Buat Petisyen Nak Jimin BTS Pegang Watak Prince Eric

Sejak Disney mendedahkan pelakon Halle Baily bakal membawakan watak utama dalam filem terbitan mereka, The Little Mermaid, ramai peminat sudah mula membayang-bayangkan siapakah aktor yang akan menjayakan karakter heronya iaitu Prince Eric.

Jika peminat di Hollywood, membayangkan watak itu sesuai dibawa oleh penyanyi Shawn Mendes, peminat K-Pop tidak ketinggalan untuk turut serta dalam ‘hype’ itu dengan mengatakan ia sesuai dibawakan oleh ahli kumpulan BTS iaitu Jimin.

Peminat BTS yang dikenali sebagai dengan nama gelaran Army melancarkan petisyen agar Jimin dipilih sebagai Prince Eric kerana dia dikatakan menyerupai watak animasi Prince Eric.

Petisyen yang dibuat Army itu kemudian mendapat liputan meluas daripada pelbagai media tempatan dan antarabangsa yang menjadikan ia sebagai berita utama mereka. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend