Cerita ArtisHiburan

Peminat Ditipu Suruh Bayar Untuk Lawat Min Ho Di Kem Tentera

Seorang individu tidak bertanggungjawab dikatakan mempergunakan nama Lee Min Ho untuk menipu wang daripada peminat-peminatnya.

Individu itu dipercayai menipu peminat dengan mengatakan mereka perlu membayar kepadanya sebanyak 500,000 KRW (RM1,828) untuk melawat aktor itu di kem tentera yang menempatkannya.

Penipuan itu terbongkar apabila peminat mula meragui mengenai tindakan individu tersebut malah rupa-rupanya dia sudah banyak mempergunakan nama-nama selebriti lain untuk tujuan mengaut duit daripada peminat.

Pihak pengurusan Min Ho telah mengeluarkan kenyataan berhubung isu ini dengan mengatakan, “Walaupun hal ini tidak langsung berkaitan dengan Lee Min Ho dan juga syarikat pengurusannya tapi individu tersebut telah menyalah gunakan nama aktor itu.”

“Kami akan mengambil tindakan berhubung perkara ini dan sebarang maklumat lanjut akan kami beritahu kelak,” katanya.

Min Ho baharu sahaja ditempatkan di Pusat Latihan Tentera Choongnam Nonsan selepas 10 bulan berkhidmat sebagai pekerja am.

Bekas kekasih Bae Suzy itu kini sedang menjalani khidmat latihan tentera selama dua tahun yang diwajibkan kepada warganegara lelaki Korea Selatan yang berusia 18 tahun ke atas. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button