
Peminat Kecewa Chanyeol EXO Menyombong Di Lapangan Terbang
Ahli kumpulan EXO, Chanyeol dilihat cuba melarikan diri sewaktu berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Korea Selatan baru-baru ini setelah dikejar oleh peminat fanatiknya yang mana digelar Sasaeng.
Video klip berdurasi 2 minit itu jelas menunjukkan Chanyeol berjalan di kawasan lapangan terbang memakai baju sejuk tebal dan topi serba hitam semasa dalam perjalanan untuk bercuti ke Jepun.
Tindakan Chanyeol membuatkan peminat berassa sangat kecewa selepas mereka melihat video yang sudah tersebar luas itu. Walau bagaimanapun, terdapat segelintir peminat merasakan Chanyeol berhak tidak diganggu serta mempunyai ruang privasinya sendiri.
Kejadian ini bukan pertama kali berlaku, malah insiden seperti ini juga pernah terjadi kepada Chanyeol bulan Ogos lalu.
Chanyeol menulis status di laman Instagram, dia sangat menghargai peminat yang menegur sewaktu di lapangan terbang dan memohon maaf atas tindakannya sekiranya ia telah membuatkan hati Sasaeng terguris. – KopiPlanet.com