AntarabangsaKpop

Peminat Rayu Taeyang Jangan Tinggalkan Kumpulan Big Bang

Peminat setia kumpulan K-pop Big Bang merayu salah seorang ahli kumpulan itu, Taeyang agar jangan sesekali mengambil keputusan untuk meninggalkan Big Bang.

Peminat membanjiri laman sosial Taeyang memintanya tidak berpecah daripada Big Bang kerana disebabkan pelbagai masalah yang melanda kumpulan itu sejak akhir-akhir ini.

Sebelum ini, ahli kumpulan Big Bang, Seungri telah dipanggil pihak polis bagi memberikan keterangan berhubung penyalahgunaan dadah dan jenayah seks yang berlaku di kelab miliknya, Burning Sun.

Selain itu, GD turut terpalit kontroversi apabila dia dikatakan lebih banyak mengambil cuti ketika menyertai latihan ketenteraan yang diwajibkan ke atasnya.

Susulan beberapa kontroversi yang melibatkan rakannya itu, ramai peminat membuat andaian Taeyang akan meninggalkan Big Bang dan meneruskan kerjaya solonya.

Taeyang dan Daesung menyertai latihan ketenteraan pada bulan Mac tahun lalu dan mereka berdua menunjukkan komitmen dan prestasi yang bagus sepanjang menjalani latihan. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button