• FOLLOW US
Antarabangsa, Kpop

Peminat Tak Sabar Tunggu G-Dragon Tamat Latihan Tentera

Peminat ahli kumpulan Big Bang, G-Dragon sudah tidak sabar menunggu detik pembebasan selebriti itu daripada latihan khidmat tentera yang disertainya sejak dua tahun lalu.

G-Dragon dijangka menamatkan latihannya pada 26 Oktober ini dan sehingga kini pihak pengurusannya, YG Entertainment masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan sama ada G-Dragon akan terus aktif dalam bidang seni ataupun mengambil masa untuk berehat sebelum kembali bekerja.

Sebelum ini tersebar khabar angin mendakwa Big Bang bakal keluar dengan album terbaharu dalam masa terdekat.

Big Bang yang mencipta fenomena sejak tahun 2006 dianggotai empat ahli kumpulan iaitu G-Dragon, Daesung, T.O.P dan Taeyang.

Ahli kelima mereka, Seungri mengambil keputusan mengundurkan diri daripada kumpulan itu pada bulan Mac lalu selepas terpalit kontroversi skandal seks yang menggemparkan industri K-Pop pada awal tahun ini. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend