• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

‘Peneman’ Buah Tangan Terbaharu Hazama Buat Peminat Setia

Selepas kali terakhir mengeluarkan single pada enam bulan lalu, kali ini Hazama Ahmad Azmi atau Hazama tampil dengan single terbaharu berjudul Peneman buat peminat yang setia mengikuti perkembangan seninya.

Lagu Peneman telah diangkat sebagai lagu tema utama drama bersiri Asalkan Dia Bahagia yang kini sedang bersiaran di slot Akasia TV3 sejak 8 Mac lalu. Peneman merupakan single pertama Hazama sejak penyanyi itu bernaung di bawah syarikat rakaman Nova Music (M) Sdn. Bhd.

Peneman yang bergenre balada rock ini merupakan hasil ciptaan sepenuhnya penyanyi dan komposer Tam Spider.

Menariknya, Hazama berkongsi cerita dia mengambil inspirasi daripada pengalaman cintanya sendiri dalam penyampaiannya bagi menterjemahkan rasa cinta seorang lelaki untuk suri hati dan juga peneman hidupnya.

Sejak dimuat naik pada 8 Mac lalu, muzik video audio lagu Peneman kini sudah ditonton hampir 1 juta penonton dan susulan kejayaan itu, Peneman kini sudah boleh dimuat naik menerusi aplikasi penstriman muzik seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBox, Deezer dan iTunes mulai hari ini. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend