Cerita ArtisHiburan

Penyanyi & Pelawak Kumin KU2 Disahkan Meninggal Dunia

Penyanyi dan pelawak Kumin KU2 telah disahkan meninggal dunia hari ini dan berita tersebut telah disahkan oleh beberapa orang rakan arwah dan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman).

Sebelum ini, Kumin atau nama sebenarnya Khuzami Ismail pernah mendapat rawatan di Hospital Ampang awal bulan Ogos lalu setelah menghidap penyakit angin ahmar.

“KUMIN KU2 pergi selamanya. Berita baru terima.. AL-FATIHAH nantikan berita terkini dari kami. Baru Seniman Malaysia ziarah,” jelas kenyataan dari Seniman.

Sebelum ini, Kumin mula aktif dalam industri hiburan sejak era 1990-an bersama rakan baiknya Allahyarham Bob Kuman dengan menubuhkan kumpulan duo dikenali KU2.

Berbanding Allahyarham Kuman yang banyak berlakon, Kumin pula memilih lebih memberi fokus pada kerja belakang tabir dan menjadi pengurus produksi.

Selama membina nama bersama KU2, duo ini pernah menghasilkan empat album iaitu Motivasi pada 1994, Evolusi (1997), Album Baru Aku! (1999) dan The Best of KU2 (2001).

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button