• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Penyanyi Sabhi Saddi Selamat Timang Cahaya Mata Keempat

Penyanyi dan pelakon kelahiran Sandakan, Sabah, Sabhi Saddi dikurniakan cahaya mata keempat selepas isterinya, Rosi Aswanie Abdul Razak selamat melahirkan bayi perempuan, malam semalam.

Sabhi berkongsikan berita tentang kelahiran anak mereka  menerusi laman Instagramnya pada lewat malam tadi.

Sementara itu, Sabhi sangat bersyukur dikurniakan bayi perempuan lagi setelah memperoleh tiga anak perempuan sebelum ini iaitu Sofea Ressya, 6, Sofea Rania, 5, dan Sofea Risqa, 2 tahun.

Rata-rata peminat dan pengikut mengucapkan tahniah kepada Sabhi atas kelahiran penyeri rumah tangga mereka.

Sabhi dan Rosi mendirikan rumah tangga pada 17 Julai 2012 yang berlangsung di Kuala Lumpur. – KopiPlanet.com

Kredit Foto : Instagram Sabhi Saddi

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend