
‘Perang’ Berterusan… Zarina Anjoulie Dedah Dirinya Dipukul, Yas Dakwa Diugut Gambar Mandinya Disebar
‘Perang’ antara pelakon Zarina Anjoulie dan bekas suaminya, Yas atau Eilyas Azhar dilihat masih berterusan.
Yang terbaharu, Zarina sempat berkongsi satu posting berkenaan satu laporan polis yang dibuat, dipercayai terhadap Yas.
“Banyak benda orang tak tau macam mana kau mental torture aku hari-hari. Kau pukul aku… banyak lagi kau buat kat aku.
“Family aku n kawan-kawan aku semua tahu hal sebenar. Aku dah move on tapi kau acah aku takut dengan kau. Kau kuman la bagi aku,” tulisnya.
Ujar Zarina, dia juga mendakwa bekas suaminya itu juga kerap memakai duitnya serta mengatakan duitnya juga pernah dicuri.
“Kau cakap tak hadap duit aku tapi dah berapa banyak duit aku kau pakai?? Sian curi duit aku…
“Mulut cakap lain tapi perbuatan kau lain… Kalau kau tak hadap duit aku then bayar la duit aku balik,” ujarnya.
Namun begitu, pelakon berkenaan telah memadamkan posting tersebut tidak lama kemudian.
Sementara itu, Yas pula menerusi Insta Story miliknya menyatakan dia tidak kisah segala yang berlaku dibawa kepada undang-undang.
Jelasnya, dia sendiri sudah move on dan tidak lagi menyentuh apa-apa berkaitan bekas isterinya itu.
“Orang nak hidup bahagia nak hidup tenang aman. Siapa nak hidup dalam keadaan serabut? Untuk apa aku nak libatkan diri dalam masalah?
“Pobondo lan merepek siapa yang ugut siapa tah. Padahal aku yang kena ugut nak disebarkan gambar aku mandi. Tak ke cerita ni macam tahyul badigol?” ujarnya. – KopiPlanet.com