Cerita ArtisHiburan

“Perasaan Gugup Bunuh Aksi Peserta GV5” – Datuk Ramli MS

Juri tetap program Gegar Vaganza 5, Datuk Ramli MS menyatakan perasaan gugup yang wujud di kalangan sesetengah peserta telah membunuh persembahan mereka di konsert pertama GV5 yang berlangsung pada malam Ahad.

Menurut Ramli, sebahagian peserta dilihat kurang memberikan persembahan terbaik berbanding ketika sesi ‘full rehearsal’ yang diadakan sehari sebelum konsert mingguan berlangsung.

“Masalah kegugupan telah menyebabkan mereka beri prestasi kurang baik daripada ketika buat rehearsal pada hari Sabtu. Kegugupan juga telah membunuh ‘standard’ persembahan mereka pada malam ini.

“Saya memahami atas pentas macam-macam perkara boleh jadi dan diharap peserta dapat ambil pengajaran daripada minggu ini,” katanya kepada KopiPlanet.com.

Ramli ditemui pada majlis sidang media konsert pertama Gegar Vaganza 5 yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor.

Meraih markah paling tinggi minggu ini, Ramli melihat Amelina layak untuk berada di tempat pertama kerana penyanyi dangdut itu kelihatan selesa sepanjang menjayakan persembahannya di atas pentas.

“Macam Amelina, dia tunjuk satu ‘attitude’ yang bagus yang mana dia jadi diri sendiri ketika ‘perform’. Dia menguasai diri dia sendiri dan tidak ada rasa gugup jika kita nilai persembahan dia tadi.

“Saya faham mungkin yang gugup itu sebab dah lama tak menyanyi tapi harap tidak ada yang mengulanginya lagi di minggu kedua nanti,” jelasnya lagi.

GV5 membariskan 12 peserta iaitu Zamani, Shafie Rio, Amelina, Noryn Aziz, Farahwahida, Hetty Sarlene, Maya, Safura, Dia Fadila dan tiga peserta berkumpulan/duo ialah Elitet, Forteen dan Billy Zulkarnain.

Persembahan peserta dinilai 100 peratus daripada juri tetap iaitu Datuk Ramli MS dan Datuk Khatijah Ibrahim serta juri jemputan Datuk AC Mizal.

GV5 disiarkan secara langsung pada setiap Ahad jam 9 malam menerusi saluran Ria (104) dan Ria HD (123). – KopiPlanet.com

Senarai markah peserta di minggu pertama:

1. Amelina: 73.60

2. Zamani: 72.30

3. Shafie: 64

4. Maya: 63

5. Dia Fadila: 58.90

6. Forteen: 55.60

7. Hetty Sarlene: 54.50

8. Farahwahida: 53.30

9. Safura: 53.10

10. Noryn Aziz: 51.90

11. Billy Zulkarnain: 49

12. Elite: 46.70

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button