Rancangan TVTV

Perjalanan Noryn Aziz Dalam Saingan All Stars Gegar Vaganza Terhenti Di Minggu Ke-9

Saingan All Stars Gegar Vaganza menyaksikan peserta Noryn Aziz tidak dapat meneruskan saingan apabila tersingkir pada minggu ke-9.

Bergandingan dengan penyanyi Dia Fadila menerusi lagu Tegar sempena tema Duet 2.0 – Astro Verse, ternyata Noryn gagal memikat hati ketiga-tiga juri.

Sementara itu, Jaclyn Victor pula kembali muncul juara mingguan dengan meraih markah tertinggi iaitu 82.88 peratus apabila mempersembahkan lagu All I Ask bersama Nadeera.

Berada di tangga kedua pula menjadi milik Tomok yang mempersembahkan lagu Tak Mungkin Berpaling bersama Black, manakala Hady Mira yang berduet bersama Shiha Zikir menerusi lagu Kau Yang Ku Tunggu berada di kedudukan ketiga.

Dengan penyingkiran Noryn, saingan minggu ke-10 atau pusingan suku akhir akan menyaksikan sembilan peserta yang akan meneruskan saingan. – KopiPlanet.com

Tema Minggu Ke-10 (World Music)

  1. Conga & The Ketchup Song – Jaclyn Victor (82.88 peratus)
  2. Cup Of Life & Melodi Hati – Tomok (77.00 peratus)
  3. Orak Arek & Mak Siti – Hady Mirza (73.25 peratus)
  4. Perhaps, Perhaps, Perhaps & Macarena – Nikki Palikat (73.13 peratus)
  5. Samudera & Yaladan – Liza Hanim (72.75 peratus)
  6. Bol Radha Bol & Ala Emak Kahwinkan Aku – Naqiu (72.00 peratus)
  7. Mehndi Laga Ke Rakhna & Ayam Den Lapeh – Siti Nordiana (63.13 peratus)
  8. La Bamba & Rambu Ramba – Azharina (63.00 peratus)
  9. Cindai & Gambus Jodoh – Aliff Aziz (62.75 peratus)
  10. Noryn Aziz – TERSINGKIR (55.25 peratus)
Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button