• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Pertaruh Genre Pop Balada, Betto Khai Tampil Single Janjimu

Penyanyi baharu, Betto Khai mempertaruhkan single Janjimu bagi memberikan pengenalan buat penggemar muzik tanah air terhadap kemunculannya.

Pemuda berasal dari Meru, Klang ini gemar mengetengahkan genre Pop Balada yang menjadi kegilaannya sejak dulu.

Janjimu yang merupakan hasil ciptaan sepenuhnya oleh Betto mengisahkan tentang kisah percintaan di mana seorang lelaki mengalami kekeliruan dan ragu-ragu terhadap kesetiaan pasangannya.

“Lagu ini saya dapat inspirasi berdasarkan pengalaman sekeliling dan diri saya sendiri juga yang pernah dicurangi bekas kekasih. Daripada pengalaman tersebut membuat saya lebih berhati-hati dalam sesebuah perhubungan,” katanya.

Lirik video rasmi Janjimu edaran Media Asia Production Sdn Bhd (Map Music) ini sudah menemui pendengar sejak 12 Februari lalu di saluran Youtube dan juga boleh didapati di streaming platform muzik seperti Joox, Spotify, iTunes, KKBox , Deezer, dan juga Apple Music. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend