Priyanka Chopra Antara Selebriti Terima Bayaran Tinggi Post Iklan Di Instagram
Pelakon Priyanka Chopra bukan sahaja popular di persada seni Bollywood dan kini sudah pun menembusi pasaran Hollywood, isteri kepada Nick Jonas ini juga merupakan antara selebriti berpengaruh di laman sosial Instagram.
Baru-baru ini nama Priyanka tersenarai dalam Senarai Selebriti Terkaya Instagram 2019 seperti yang dikongsikan HopperHQ. Yang menariknya, hanya Priyanka sahaja merupakan artis Bollywood yang tersenarai dalam list tersebut.
Priyanka merupakan selebriti ke-16 terkaya di Instagram, mengumpul jumlah pengikut seramai lebih daripada 43 juta, bintang berusia 37 tahun itu dibayar sebanyak AS$271,000 (RM1.1 juta) untuk satu ‘posting’ iklan berbayar.
Selain Priyanka, bintang kriket Inda, Virat Kohli turut berjaya menempatkan diri dalam senarai tersebut di kedudukan ke-23 dengan lebih 36 juta pengikut dan dibayar sebanyak AS$196,000 (RM807,000).
Senarai Individu Terkaya Instagram 2019 diketuai oleh sosialit dan pemilik jenama kosmetik Kylie Cosmetics, Kylie Jenner. Dengan kekuatan seramai 139 juta pengikut, adik bongsu Kim Kardashian itu dibayar sebanyak AS$1,266,000 (RM5.2 juta) untuk satu muat naik iklan di Instagramnya. – KopiPlanet.com