• FOLLOW US
Antarabangsa, Bollywood

Priyanka Chopra Tak Sabar Nak Timang Cahaya Mata

Pelakon Priyanka Chopra mengakui dia seorang yang sangat menyayangi kanak-kanak dan sudah tidak sabar untuk memegang status sebagai seorang ibu.

Menerusi filem terbaharu lakonannya, The Sky Is Pink, Priyanka berlakon di samping ramai pelakon kanak-kanak sehingga menimbulkan perasaan untuknya segera menimang cahaya mata bersama suami tercinta, Nick Jonas.

“Saya berlakon dengan ramai kanak-kanak dalam filem itu dan ia adalah satu momen yang sangat menarik. Saya memang sangat sukakan budak-budak.

“Kanak-kanak adalah individu yang paling saya suka. Saya lebih suka mendampingi mereka daripada orang dewasa. Ia satu penghargaan apabila saya dapat terlibat dalam filem ini,” katanya.

Ketika ditanya bila adakah dia merancang untuk mendapatkan cahaya mata dalam masa terdekat, Priyanka menjawab, “Harap-harapnya jika Tuhan kurniakan rezeki kepada kami dalam waktu terdekat. Membeli rumah dan menimang cahaya mata adalah antara ‘to-do list’ saya,” katanya lagi.

Priyanka berkahwin dengan ahli kumpulan Jonas Brothers itu pada 1 Disember tahun lalu. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend