
Putera Harry Buat Kemunculan Sulung Dengan Kekasih
Selepas hampir setahun menjalinkan percintaan, kerabat diraja British, Putera Harry baru-baru ini membuat kemunculan sulung di tempat awam bersama kekasihnya, pelakon kelahiran Amerika Syarikat (AS), Meghan Markle.
Pelakon siri Suits itu menghadirkan diri di Toronto, Kanada bagi menemani Harry di acara keraian Invictus Games yang berlangsung baru-baru ini.
Dalam majlis itu, Harry merasmikan kejohanan Invictus Games yang melibatkan atlet daripada 17 negara bersaing dalam 12 jenis sukan yang bermula sejak Jumaat lalu.
Walaupun hadir bersama, namun Meghan dan Harry duduk berasingan, Harry, 33, di bahagian VIP bersama-sama isteri Presiden AS, Melania Trump dan Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau.
Meghan pula duduk di beberapa barisan belakang Harry bersama tetamu yang lain.
itu sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan di majalah Vanity Fair mendakwa mereka kini sedang dilamun cinta.
“Kami adalah dua orang yang memang sangat gembira dan memang sedang angau bercinta,” ujar pelakon berusia 36 tahun itu. – KopiPlanet.com