• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Putra Amaris Nafi Terlibat Sindiket Jual Jongkong Emas

Pelakon dan usahawan Putra Amaris, 33, berasa kesal dengan tindakan individu tidak bertanggungjawab yang telah menyalahgunakan namanya dalam sindiket penjualan jongkong emas.

Menurut Amaris, dia tersentak apabila mendapat beberapa ‘direct message’ daripada netizen di laman sosial Instagramnya yang mendakwa mereka telah ditipu oleh dirinya, baru-baru ini.

“Saya ingin jelaskan di sini saya langsung tiada kena mengena dengan penjualan jongkong emas seperti yang dikaitkan dengan saya baru-baru ini.

“Saya tidak tahu menahu mengenai perkara ini sampaikan mereka tuduh saya menipu. Jadi saya tampil ingin jelaskan isu ini dan berharap individu tidak bertanggungjawab ini hentikan buat kerja-kerja tidak bermoral ini,” katanya kepada KopiPlanet.com ketika ditemui di Nu Sentral, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurut Amaris, dia ingin menjelaskan kekeliruan tersebut kerana kontroversi berkenaan telah menjejaskan imejnya sementelah dia bakal tampil dengan perniagaan minyak wangi yang akan berada di pasaran hari ini.

“Saya tidak masuk orang luar salah faham dengan perkara ini dan secara kebetulan memang saya akan keluarkan jenama minyak wangi Francesc Fragrance x Putra Amaris yang dilancarkan di Instagram saya hari ini.

“Buat masa ini, saya ambil pendekatan tidak buat laporan polis dahulu namun kalau individu yang menyalahgunakan nama saya itu masih lagi bertindak sedemikian dan makin melampau, saya tidak akan teragak-agak untuk buat laporan polis di masa akan datang.

“Saya pun risau dengan keselamatan isteri dengan anak saya sebab ada di antara mereka yang kena tipu itu menghantar mesej berbaur kata-kata kesat dan ancaman ugutan terhadap saya dan keluarga.

“Saya hanya buat tangkapan skrin (screen capture) mesej-mesej yang diterima di Instagram dan jelaskan semuanya menerusi kapsyen posting di Instagram. Saya harap tidak ada lagi netizen yang tertipu dengan scammer ini,” ujarnya lagi.

Sementara itu, bercerita lanjut mengenai minyak wangi jenamanya itu, Amaris berkata, hanya sebanyak 1,000 botol yang akan dijual untuk ‘batch’ pertama keluarannya bagi memberikan nilai eksklusiviti terhadap pemakainya.

“Minyak wangi ini dijual pada harga RM55 sebotol dan packagingnya cukup menarik seakan-akan jongkong emas memberikan nilai tambah kepada produk ini.

“Untuk keluaran pertama, kami hanya hasilkan sebanyak 1,000 botol sahaja dan InsyaAllah akan keluar dengan pelbagai jenis wangian lagi di masa akan datang,” katanya lagi yang turut aktif memasarkan jenama tart telur keluarannya, My Tart yang diusahakan bersama isterinya, Nur Syazwani Alias. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend