
Rachel, Hayden Putus Lepas 10 Tahun Bercinta
Pelakon Rachel Bilson dan Hayden Christensen mengumumkan mereka sudah tidak lama bersama selepas hampir 10 tahun bercinta.
Menurut sumber yang dipetik US Weekly, pasangan itu sudah tidak lagi kelihatan bersama sejak beberapa bulan lalu dan Hayden sudah pun dilihat berpindah semula ke Toronto, Kanada manakala Rachel kembali menetap di Los Angeles.
Kedua-duanya bagaimanapun tidak mendedahkan punca perpisahan mereka.
Pasangan popular Hollywood ini mula berkenalan dari tahun 2008 apabila terlibat dalam pembikinan filem Jumper.
Mereka pernah bertunang pada Ogos 2010 sebelum putus dan kemudian kembali bercinta tiga bulan selepas itu.
Rachel yang popular dengan drama The OC selamat melahirkan anak mereka, Briar Rose pada 29 Oktober 2014. – KopiPlanet.com



