• FOLLOW US
Makan Time

Tips Diet, Makan Sikit Tapi Kekal Kenyang

Memiliki tubuh badan langsing dan ramping menjadi idaman setiap orang.

Pelbagai cara dilakukan bagi memperolehi tubuh badan idaman dan kaedah yang popular tentunya dengan mengawal cara makan atau kata mudahnya, diet.

Di sini, kami kongsikan kepada anda tips diet mudah, yang mana dengan makan sikit je anda dah rasa kenyang dalam jangka masa yang agak panjang. Nak tahu apa tipsnya, jom check it out!

1. Guna pinggan kecil

Kebiasaannya kita akan selalu memenuhkan ruang dalam pinggan dengan mengisi segala jenis lauk pauk dalam kuantiti yang banyak. Jadi bagi menghindari perkara ini, anda digalakkan untuk menggunakan pinggan kecil. Kalau guna pinggan kecil, pastinya sudah membuak lauk dan nasi, sehingga membuatkan anda tidak akan menambah lagi kuantitinya. Memang susah, tapi kalau dah biasa pasti tidak menjadi masalah buat anda!

2. Makan sayur dahulu

Jika sebelum ini anda biasa makan nasi dengan lauk pauk berat, apa kata kali ini anda praktik dengan memakan sayur dahulu. Ini supaya sistem pencernaan tidak ‘terkejut’ dan akan memudahkan lagi perut untuk menghadam protein seperti ayam dan daging.

3. Makan ikut jadual

Jika anda terlewat untuk makan pada waktu yang betul, risikonya mungkin anda akan makan secara berlebihan pada waktu makan yang seterusnya. Contohnya jika anda skip makan tengah hari, tidak mustahil anda akan makan banyak untuk dinner. Jadi, jangan skip makan dan sentiasa cuba ikut aturan makan yang betul ya!

4. Makan dan kunyah perlahan-lahan

Otak memerlukan 20 minit untuk menyedari bahawa perut anda dah pun kenyang dan untuk memanjangkan waktu makan anda supaya tak terlebih makan, cuba kunyah makanan dalam kadar perlahan-lahan.

5. Makan makanan berserat tinggi

Sayur-sayuran seperti bayam, lobak, asparagus dan bijirin memang kaya dengan kandungan serat yang tinggi. Makanan serat tinggi ini dapat memberikan kita rasa kenyang dengan lebih cepat. Jadi, lebihkan pengambilan sayuran, kurangkan nasi atau makanan berkanji untuk kaedah diet yang betul.

6. Makan buah-buahan segar

Jangan ambil kordial, cuba minum jus yang diperbuat daripada buah-buahan segar. Kandungan serat yang tinggi membantu anda kekal bertenaga sepanjang hari dan tidak mudah membuatkan anda lapar. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend