EventHiburan

Raih RM100k, Sarah Suhairi Dinobat Juara Big Stage Musim Pertama

Sarah Suhairi, 18, menepati ramalan ramai apabila berjaya dinobatkan sebagai juara Big Stage musim pertama.

Dengan kemenangan itu, Sarah berjaya membawa pulang wang tunai RM100,000 beserta trofi.

Menerusi konsert akhir tersebut, Sarah mendendangkan dua buah lagu iaitu Awan Yang Terpilu nyanyian asal Ning Baizura dan single terbaharunya, Nyawa & Raga.

Kedua-dua persembahan itu mendapat pujian daripada dua juri tetap iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir serta juri jemputan Mas Idayu dan Mark Adam.

Naib juara pula diraih Syafiq Farhain dan dengan kemenangan itu anak kepada vokalis kumpulan Iklim itu menerima hadiah wang tunai RM50,000 beserta trofi.

Tempat ketiga menjadi milik Afieq Shazwan yang mana melayakkannya menerima hadiah wang tunai RM25,000 beserta trofi.

Tempat keempat dan kelima menjadi milik Wani Kayrie dan Baby Shima dan masing-masing membawa pulang RM10,000 dan RM5,000 beserta trofi.

Program yang menggunakan tagline ‘Dominasi BBNU’ itu dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Al-Hadad.

Pertandingan akhir ini turut dihiburkan dengan persembahan daripada penyanyi kelahiran Amerika Syarikat, Alec Benjamin dan Faizal Tahir yang mendendangkan single terbaharunya, Ragaman.

Big Stage yang dipancarkan secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) disiarkan menerusi Astro Ria (104) dan Ria HD (123). – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button