• FOLLOW US
Event, Hiburan

Raihan & Alif Satar Bergabung Konsert Amal Countless Blessing

Lagu Sesungguhnya 2019 nyanyian Raihan bersama Alif Satar nyata berjaya mencipta fenomena sendiri apabila muzik video lagu tersebut telah mencapai lebih 16 juta tontonan sejak dimuat naik pada bulan Ramadan lalu.

Bersempena kejayaan itu, Raihan dan Alif bakal mengadakan sebuah persembahan amal, Countless Blessing Alif Satar & Raihan yang bakal diadakan pada 2 November ini, jam 8 malam bertempat di Stadium Juara, Kompleks Sukan Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Konsert yang dianjurkan sempena Kempen Live A Life 2019 oleh Phiandure dan Komited Malaysia ini bertujuan untuk mengumpul dana untuk Sekolah Islam Al Huda, Mercy Malaysia, Persatuan Pemulihan Kesan Sosial Malaysia, Censerve IIUM dan Malaysian Young Syariah Scholars Malaysia (MySSA).

Tiket konsert berharga RM115, RM305, RM405 dan RM690 (meet & greet) boleh didapati dengan melayari laman sesawang www.myticket.asia bermula hari ini.

Pihak penganjur menjangkakan konsert ini bakal menarik sehingga 2,000 hadirin yang bakal bersama-sama memeriahkan persembahan berhibur sambil beramal ini. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend