
AntarabangsaKpop
Rain, Kim Tae-hee Timang Bayi Perempuan
Pasangan selebriti popular, Rain dan isteri, Kim Tae-hee mengumumkan mereka selamat menimang cahaya mata sulung, semalam.
Khabar gembira mengenai kelahiran bayi perempuan itu dikongsikan Rain menerusi laman Instagram miliknya
Rain yang sebelum ini pernah tersenarai sebagai 100 Individu Berpengaruh Di Dunia anjuran majalah Time pada 2006 dan 2011 menyifatkan anaknya itu sebagai puteri yang cantik.
“Kami akan membesarkan puteri kami menjadi anak yang baik,” tulis Rain dalam gambar kasut but putih dan merah jambu milik anaknya itu.
Foto perkongsiannya itu menerima hampir 120,000 like daripada peminat setia penyanyi dan pelakon berusia 35 tahun itu.
Rain dan Kim berkahwin pada Januari lalu selepas lima tahun bercinta. – KopiPlanet.com
Apakah reaksi anda?
+1
+1
+1
+1
+1
+1
+1