Cerita ArtisHiburan

Lagu Raja Simurgh Ketengahkan Melodi Klasik Rasa Sayang

Pernah mendapat julukan nama The New Malique, penyanyi rap dan komposer, Siqma bukanlah satu nama asing di kalangan peminat muzik Hip Hop tempatan.

Mula mencipta nama sejak empat tahun, kali ini Siqma tampil dengan single terbaharu berjudul Raja Simurgh featuring Kmy Kmo.

Raja Simurgh merupakan ciptaan Siqma sendiri manakala lirik ditulis bersama Kmy Kmo. Mengambil konsep ritma atas puisi yang mengekalkan ciri kemelayuan di dalam lagu Hip Hop, lagu ini mengambil inspirasi melodi lagu rakyat ‘Rasa Sayang’ yang digabungkan dengan rentak Hip Hop beserta senikata laksana puisi.

“Lagu ini lebih menceritakan situasi mengenai kepentingan hidup atau wujud secara umum seperti tingkah laku dan amalan kita, moral, kesetiaan kita kepada agama dan banyak lagi mengenai diri kita.

“Raja Simurgh adalah peringatan bagi kita untuk selalu bergantung pada diri kita sendiri kerana pada akhirnya, hanya kita sendiri yang tahu apa yang terbaik untuk diri kita. Ianya bukan lagu ketuhanan tapi lebih kepada mesej positif untuk santapan rohani dan minda pendengar,” kata Siqma.

Siqma berharap lagu ini akan dapat membuka mata pendengar untuk mendalami setiap mesej yang disampaikan dalam liriknya yang mana ia bukann sekadar untuk pendengar Hip Hop, malah lagu ini boleh diterima oleh segenap lapisan masyarakat.

“Semestinya, saya tidak mahu mensasarkan lagu ini kepada pengikut muzik Hip Hop saja khususnya. Sebaliknya, saya mahukan lagu ini memberi teladan dan mesra telinga kepada semua pendengar dari pelbagai latar belakang. Saya percaya peminat muzik sudah cukup bijak menilai estetika sesebuah karya itu tanpa mengira genre yang ditampilkan,” ujarnya lagi.

Single terbitan Universal Music Malaysia ini sudah boleh didapati di kesemua aplikasi penstriman muzik seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer dan Joox. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button