Cerita ArtisHiburan

Ramai Tertanya-Tanya Filem Lakonan Mawar Rashid Sehingga Dinobat Pelakon Filem Wanita Popular

Selain penyanyi Haqiem Rusli yang telah berjaya merangkul Bintang Paling Popular di acara Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-33 (ABPBH 33) malam tadi, terdapat satu lagi keputusan yang menimbulkan persoalan.

Ia berikutan keputusan mengenai Pelakon Filem Wanita Popular yang diraih oleh Mawar Rashid sehingga membuat ramai tertanya-tanya mengenai filem lakonannya.

Menerusi carian yang dibuat di internet, Mawar Rashid sebenarnya pernah membintang sebuah filem berjudul Bu Kasih Suci yang diarahkan oleh seorang pengarah wanita iaitu Jeany Amir dan ditayangkan pada tahun lalu.

Dalam filem tersebut, Mawar membawakan watak sebagai Diana seorang wanita bekerja yang bercadang menangguh rancangan kehamilannya untuk menumpu kepada kerjayanya.

Walaupun mendapat sokongan suaminya, Zack (Iedil Putra), ibu mentua Kak Mah (Dian P. Ramlee) tidak setuju kerana ingin menimang cucu lebih awal.

Bagaimanapun, filem berkenaan gagal mendapat sambutan di pawagam apabila hanya meraih kutipan sekitar RM21,000 sahaja.

Meskipun ada yang cuba mempertikaikan kemenangan Mawar, namun harus diingat bahawa pemilihan pemenang ABPBH adalah dibuat berdasarkan undian daripada para peminat.

> Baca: Haqiem Rusli Cipta Kejutan Dinobat Bintang Paling Popular ABPBH 33

Jadi, ia tidak seharusnya menjadi persoalan memandangkan Mawar sendiri pastinya mendapat undian terbanyak peminat-peminatnya sehingga dia muncul sebagai pemenang kategori berkenaan. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram Mawar Rashid

Apakah reaksi anda?
+1
5
+1
7
+1
3
+1
30
+1
15
+1
19
+1
19

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button