
Remy Ishak Kongsi Gambar Pertemuan Dengan Juruterbang Mangsa Nahas Pesawat Ringan
Pelakon popular, Remy Ishak telah berkongsi gambar di Instagram pertemuan bersama juruterbang pesawat ringan yang terhempas di Bandar Elmina, Allahyarham Shahrul Kamal Roslan pada Selasa lalu.
Menerusi perkongsian gambar tersebut, Remy memuat naik beberapa keping gambar semasa mengadakan pertemuan bersama Allahyarham dan keluarganya di sebuah restoran.
“Inallillahirwainailayhirhojiun.. Takziah buat Shefa & family atas pemergian Captain Shahrul Kamal dalam nahas pesawat yg berlaku di Elmina semalam.
“Baru dua hari lepas jumpa Kak Iza, arwah & his wife Shefa at Mozers Shah Alam,” tulisnya.
Semalam, negara digemparkan dengan nahas sebuah pesawat ringan jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) pada pukul 2.40 petang, semalam, di Persiaran Elmina, Seksyen U16, di mana 10 orang dilaporkan maut.
Menurut laporan, pesawat berkenaan dalam perjalanan dari Langkawi, Kedah menuju ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.
Dalam pada itu, Remy turut meluahkan rasa sedihnya terhadap kejadian yang menimpa Allahyarham.
“Hari ni buka whatsapp dapat this sad news.
“I’m so sorry to hear this Shefa, Moga Allah tempatkan Shahrul bersama orang2 yg beriman. Amin ya rabb!”, ujarnya. – KopiPlanet.com




