Cerita ArtisHiburan

Sah! Ahmad Idham Kini Telah Dilantik Ketua Pegawai Eksekutif Finas

Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (KKMM) hari ini mengumumkan penerbit Ahmad Idham Ahmad Nazri sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).

Menterinya, Gobind Singh Deo Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kementerian tersebut berkata, Ahmad Idham dilantik untuk jawatan tersebut bagi tempoh selama dua tahun bermula 11 Mac 2019.

“Pelantikan ini merupakan keputusan Lembaga berdasarkan peruntukan dalam Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 bagi menggantikan pemangku Shakib Ahmad Shakir yang menjalankan tugas selama empat bulan.

“KKMM mengucapkan terima kasih kepada Shakib untuk perkhidmatan beliau dalam menjalankan tugas sebagai pemangku jawatan tersebut,” jelasnya.

Menurut beliau, pihak kementerian berharap Ketua Pegawai Eksekutif yang baharu ini akan berkhidmat untuk meningkatkan usaha-usaha Finas bagi membangunkan industri.

“Saya juga berharap agar ahli-ahli lembaga Finas akan memberikan kerjasama yang penuh kepada Ahmad Idham dalam melaksanakan pembaharuan berdasarkan hala tuju kerajaan,” ujarnya.

Untuk rekod, Ahmad Idham yang memegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan mempunyai kepakaran serta pengalaman di dalam industri kreatif selama lebih 25 tahun, selain pernah mencatat rekod dan menerima pelbagai anugerah dalam dan luar negara. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button