
Sam Smith Angau Dengan Aktor 13 Reasons Why
Sejak gambarnya berciuman dengan aktor drama 13 Reasons Why, Brandon Flynn menjadi bualan hangat, Sam Smith berharap agar hubungannya dengan pelakon tersebut akan kekal buat jangka masa yang panjang.
Sam, 25, sebelum ini memang terbuka mengenai dirinya merupakan seorang pengamal hubungan sejenis.
Gambar-gambar mesra mereka berciuman di kota New York menjadi perhatian apabila berjaya dibidik paparazi yang mengekori mereka sedang bersantai pada ketika itu.
Brandon sebelum ini pernah meluahkan perasaan kecewanya di Instagram apabila kebanyakan penduduk negara Australia mengundi untuk tidak membenarkan perkahwinan sejenis dihalalkan di sana.
Sebelum berpacaran dengan Brandon, Sam pernah bercinta dengan model klip video lagunya yang berjudul Like I Can iaitu Jonathan Zeizel. – KopiPlanet.com