
“Saya Ceraikan Puteri Sarah Dengan Talak Satu…” Syamsul Yusof, Puteri Sarah Akhirnya Sah Bercerai
Kemelut rumah tangga antara pengarah Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana akhirnya menemui titik noktah apabila pasangan tersebut sah bercerai talak satu.
Menerusi laporan portal Sinar Harian Online, lafaz talak tersebut dilakukan oleh Syamsul ketika prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.
“Saya ceraikan Puteri Sarah dengan talak satu,” ujarnya.
Pasangan itu sah bercerai ketika prosiding status pengesahan cerai di hadapan Hakim Syarie, Akmalluddin Ilyas.
Sebaik lafaz cerai itu diucapkan, Puteri Sarah yang hadir ke mahkamah tidak menunjukkan sebarang perubahan emosi yang ketara.
Semasa prosiding, mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan Puteri Sarah Liyana atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin itu, terhadap suaminya yang berusia 39 tahun, pada 16 Januari lalu.
Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.
Kemelut rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah mula diperkatakan sejak empat tahun lalu, tetapi anak kepada Datuk Yusof Haslam itu tidak pernah membuka mulut mengenai perkara itu. – KopiPlanet.com
Kredit artikel: Portal Sinar Harian Online