
Sebarkan Kisah Suami Curang Dengan Adik Sendiri, Giliran Bella Astillah Kena Hentam Dengan Ahli Keluarga Di Sabah
Sebelum ini, pelakon popular Bella Astillah ada mendedahkan mengenai suaminya, Aliff Aziz yang curang dengan adiknya sendiri, Eriqa Astillah sehingga mengejutkan ramai pihak.
Malah, Bella mengatakan dia telah membuang adiknya itu dan terus mempertahankan dan memberi peluang kepada Aliff.
Bagaimanapun perkara berkenaan kini mendapat respons daripada seorang individu yang dipercayai ahli keluarga Bella di Sabah.
Menerusi satu posting di IG Story individu berkenaan yang bernama @aira_rasyida, dia menyelar tindakan Bella yang menyebarkan aib keluarga.
“Bukan setakat aib adik sendiri, aib seluruh keluarga di share kan. Allahuakhbar… ingat la. Setiap perbuatan akan kena diri sendiri. Maka, terimalah ini kifarah.
“Kau bodoh, laki kau dah buat teruk dengan keluarga. Laki kau goda-goda dan ayat budak mentah tu. Tapi kau masih menyebelahi lelaki bangsat tu,” luahnya.
Menurut individu itu lagi, dia susah untuk memaafkan perbuatan Bella yang sanggup bermusuh dengan mereka, meskipun Aliff yang telah menghancurkan keluarga.
“Budak tu kamu yang jaga, kamu jadikan PA untuk laki kamu. Sedangkan kamu tau lelaki gila barua tu nafsu buas, tapi kau pun sama, lebih pilih bangsat tu dan kau sanggup hilang keluarga demi barua ni.
“Dan lagi 1 untuk apa kau nak aibkan benda lama, dari dulu aku nak bertindak dan nak belasah laki bangsat kamu ni, Kamu jadi bodoh. Ini semua salah laki kamu. Kalau kali ini kamu masih lagi dengan lelaki anjing, aku sanggup tak hadap kamu,” ujarnya.
Pada masa sama, individu itu turut memuat naik gambar dia bersama Eriqa yang kelihatan dalam keadaan yang baik. – KopiPlanet.com