Cerita ArtisHiburan

Sedang Sarat Mengandung, Fazura Sempat Lancar Single Baharu Noktah

Meskipun kini sedang sarat mengandung dan bakal melahirkan cahaya mata sulung tidak lama lagi, Fazura sempat mencuri masanya untuk melancarkan lagu baru berjudul Noktah. 

Dihasilkan sepenuhnya oleh Ezra Kong, Noktah menceritakan mengenai pasangan yang tidak berdaya lagi untuk menyelamatkan hubungan mereka.

Lagu ini diceritakan dari sudut wanita yang berada dalam hubungan itu, di mana dia harus tetap kuat menghadapi segala kekecewaan dengan pasangannya.

Dia sentiasa mengingati detik-detik bahagia, namun malang sekali ia harus berakhir, seperti mana lirik lagu menyatakan “kisah cinta kita-bertemu noktahnya…”

“Saya pasti setiap wanita pernah merasa tiada harapan apabila berada dalam sesebuah hubungan yang toksik. Tak mudah untuk meninggalkan seseorang yang kita sayang tapi kita harus lakukan demi kebaikan sendiri.

“Apa yang penting adalah kita perlu menghormati dan menyayangi diri kita terlebih dahulu dan belajar untuk meninggalkan sesuatu yang gagal untuk dipertahankan,” ujarnya.

Fazura sempat melancarkan single baharu berjudul Noktah ketika sedang sarat mengandung dan menunggu masa untuk bersalin tidak lama lagi.

Sementara itu, Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, Kenny Ong berkata, Ezra Kong selaku komposer lagu yang telah menghasilkan lagu-lagu hit di carta musik Malaysia, dikenali sebagai seorang yang agak memilih dari segi kerjanya dan dengan siapa dia bekerja.

Menurut beliau lagi, Ezra menghasilkan tiga hingga empat lagu sebulan kerana beliau sangat teliti dengan kerjanya. 

“Saya suka mencipta satu persona dan cerita pada setiap kerja saya untuk membantu pendengar merasa lebih dekat dengan lagu tersebut. Untuk lagu ‘Noktah’, hampir setiap daripada kita pernah melaluinya dan ia juga sebagai peringatan kepada kita untuk kuat melepaskan apabila perlu.

“Keluarga Universal Music Malaysia sangat teruja dengan pelancaran lagu terbaru Fazura, ‘Noktah’. Tiada apa yang dapat menghalang Fazura biarpun beliau sedang sarat mengandung. 

“Beliau masih lagi gigih bekerja dan baru-baru ini Fazura turut telah melancarkan produk penjagaan kulit dengan namanya sendiri, Fazura Skincare. Dan sekarang beliau melancarkan pula lagu terbarunya, Noktah, sebelum menjadi seorang ibu,” katanya.

Video muzik Noktah diarahkan dan dihasilkan oleh Nadirah Zakariya dan Junad M. Nor dari Layar Lucida, yang juga bertanggungjawab untuk video muzik single Fazura, ‘Be Honest’.

Menurut Nadirah, walaupun lagu ini merupakan lagu balada yang mempunyai rasa kesedihan, dia mahu video muzik ‘Noktah’ menonjolkan kekuatan dan ikatan antara persahabatan wanita dan pentingnya memperkasakan dan mengangkat satu sama lain.

Lebih istomewa lagi, gaun yang dipakai Fazura dalam Noktah dibuat khas oleh Rizman Ruzaini untuk meraih momen penting dalam hidupnya sebagai ibu hamil dan itu juga memainkan peranan besar dalam konseptualisasi video itu.

Noktah boleh didapati di platform digital seperti Spotify, Apple Music, YouTube Music, JOOX, iTunes, KKBox dan juga Deezer bermula 25 September lalu.

Manakala muzik video ini boleh ditonton di saluran YouTube Fazura Official bermula 27 September. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button