AntarabangsaHollywood

Selalu Dating Berdua, Resepi Bahagia Rumah Tangga Justin-Jessica

Sudah enam tahun melayari bahtera perkahwinan, kasih sayang di antara pasangan selebriti popular ini terus kekal utuh.

Menurut Jessica Biel, dia dan suami Justin Timberlake ada resepi tersendiri di atas kebahagiaan yang melatari hubungan mereka.

Aktres itu mendedahkan dia dan Justin sentiasa melapangkan masa untuk keluar dating berdua-duaan seperti ketika di zaman bercinta dulu.

“Anda hanya perlukan masa untuk keluar berdua-duaan tanpa membawa anak dan situ suasana intim akan kembali mewarnai hubungan suami isteri.

“Justin selalu pesan pada saya yang kami tak boleh berhenti dating. Dia selalu ingatkan saya yang kita juga perlu ada masa untuk diri sendiri sama seperti sebelum mempunyai anak,” katanya memetik E!News.

Jessica dan Justin berkahwin pada 19 Oktober 2012 di sebuah resort di Fasano, Itali selepas lima tahun bercinta.

Hasil perkahwinan mereka mempunyai seorang cahaya mata lelaki, Silas Randall, 3. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button