
Selamat Bertunang… Ernie Zakri Kini Sah Jadi Tunangan Syamel
Penyanyi popular Ernie Zakri kini telah selamat menjadi tunangan kepada kepada Syamel menerusi satu majlis yang berlangsung hari ini.
Perkara tersebut telah dinyatakan sendiri oleh Ernie dan Syamel berserta dengan perkongsian beberapa keping gambar di Instagram milik keda-duanya.
“Alhamdulillah.Terima kasih mendoakan yang baik baik untuk kami. Semoga dipermudah urusan hingga akhir hayat.
Semoga perjalanan yang bermula dengan majlis pertunangan yang sederhana bersama kaum keluarga ini diredhai dan diberkati,” tulis kedua-duanya.
Sebelum ini, Ernie dan Syamel pernah menyangkal dakwaan akan berumah tangga pada bulan ini. Sebaliknya, kedua-dua merancang untuk mendirikan rumah tangga pada tahun hadapan. – KopiPlanet.com
Kredit foto: Instagram Ernie Zakri & Syamel, @sweetpictures_kl