EventHiburan

Selebriti Popular Jayakan Misi Ramadan Skuad Seratus Ikhlas 100PLUS

Duta minuman isotonik, Mira Filzah dan Hairul Azreen bersama-sama selebriti popular lain seperti Syafiq Kyle, Sufian Suhaimi, Andi Bernadee, Amira Othman dan Sarah Suhairi baru-baru ini telah menyertai kempen Seratus Ikhlas yang berkongsi mesej-mesej positif dan memberi kecergasan kepada rakyat Malaysia.

Kerjasama 100PLUS dengan Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN) ini telah berkunjung ke lokasi-lokasi terpilih seperti Maahad Tahfiz Sungai Buloh, Balai Bomba Melaka dan ruamh keluarga Bersamamu bagi aktiviti singgah sahur sepanjang bulan Ramadan ini.

Selain itu, Skuad Seratus Ikhlas juga melakukan aktiviti sumbangan dan ibadah di Kuantan (15 Mei), Sekinchan (19 Mei), Kuala Lumpur (21 Mei), Bangi (22 Mei) dan turut menyertai acara padang Check In Kampung di Tangkak, Johor (24 Mei).

Skuad Seratus Ikhlas yang disertai oleh Andi Bernadee dan Sarah Suhairi telah menjayakan misi mereka bersama pelajar Maahad Tahfiz Darul Ulum, Kuantan. Aktiviti yang diaktifkan oleh 100PLUS itu telah berlangsung pada 15 Mei lalu.

Bersama-sama dengan pelajar maahad tahfiz, kedua-dua selebriti tersebut telah bergotong-royong membersihkan kawasan sekolah, disusuli tazkirah ringkas oleh ustaz jemputan, berbuka puasa dan diakhiri dengan solat terawih berjemaah.

Misi kedua Skuad Seratus Ikhlas diteruskan dengan Amira Othman ke Tanjung Karang, Selangor pada 19 Mei lepas. Skuad Seratus Ikhlas berkunjung ke rumah seorang ibu tunggal yang menjaga tujuh orang anak yatim dan ibunya yang telah lumpuh selama enam tahun.

Keperitan yang dialami oleh Ogy sekeluarga amat menyentuh hati dan antara aktiviti yang dilakukan ialah pemasangan karpet dan langsir yang baru di ruang tamu, membersihkan kawasan sekeliling selain membeli beberapa peralatan rumah untuk kegunaan mereka sekeluarga.

Misi ketiga Skuad Seratus Ikhlas yang diketuai oleh Hairul Azreen, disertai oleh Syafiq Kyle dan Andi Bernadee telah berkunjung ke Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur pada 21 Mei lalu.

Misi ini bermula dengan penyediaan bubur lambuk sebanyak 100 pek dan berbuka puasa bersama warga Pusat Transit Gelandangan.

Skuad Seratus Ikhlas juga berkongsi mesej-mesej positif dengan mereka. Selepas solat Isyak, Skuad Seratus Ikhlas teruskan aktiviti agihan bubur lambuk dan minuman 100PLUS kepada masyarakat di sekitar bandaraya Kuala Lumpur. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button