Rancangan TVTV

Selepas Reno, Giliran Siapa Bakal Tersingkir Dalam The Masked Singer Malaysia?

Enam minggu sudah berlalu, kini pentas separuh akhir pertandingan nyanyian berkonsepkan misteri The Masked Singer Malaysia (TMSM) bakal menyaksikan enam selebriti bertopeng membuat persembahan dan berentap demi gelaran juara musim pertama TMSM.

Minggu lalu, pemilik maskot Reno telah didedahkan iaitu Chiwan Chilok selepas dia tersingkir pada saingan minggu suku akhir sekali gus melenyapkan impiannya mara ke peringkat akhir TMSM.

Menurut Chiwan, beliau berasa terharu kerana rata-rata penonton program TMSM berjaya meneka namanya ketika mengenakan kostum Reno dan tidak menyangka ramai yang mengenali suaranya biarpun dirinya kurang dikenali ramai.

“Berdasarkan apa yang saya tengok di Instagram dari minggu pertama lagi, ramai yang teka nama saya. Kiranya saya diterima dalam industri ini. Dengan suara saja orang boleh kenal, kiranya mereka betul-betul hargai kita.

“Banyak yang komen dan tagged saya. Saya diam sahaja tak cakap apa-apa. Selalunya saya tak macam ni, saya akan melayan setiap mesej yang diterima,” katanya.

Kini tinggal enam maskot iaitu Orang Utan, Rajah Brooke, Wau, Enggang, Rafflesia dan Bunga Raya yang akan berentap pada minggu separuh akhir, malam ini.

Program TMSM yang berlangsung dari Royal Theater Shah Alam ini dinilai 100 peratus oleh juri-juri tetap iaitu Datuk Aznil Nawawi, Michael Ang, Raja Azura, Zizan Razak, Ella Aminuddin, Remy Ishak, Nabila Huda, Ramona Zam Zam dan Angah.

TMSM disiarkan pada setiap Jumaat, jam 9 malam menerusi saluran Astro Warna HD (107) dan Astro Warna (127). – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button