AntarabangsaHollywood

Semakin Kurus, Peminat Kata Adele Macam Kembar Emily Blunt

Semakin anggun, Adele kini berjaya menurunkan berat badannya sehingga 68 kilogram dan pastinya perubahan itu mengejutkan semua peminat setianya.

Malah, peminat turut menyamakan imej terbaharu Adele kelihatan sama seperti pelakon Emily Blunt.

Gambar itu menjadi trending apabila kebanyakan peminat bersetuju dengan pernyataan tersebut malah muka penyanyi British itu saling tidak tumpah seperti Emily apabila dia semakin menyusut berat badan.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Hello itu dilaporkan mengamal diet penggambilan tiga gelas jus sayur-sayuran setiap hari serta mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersenam.

Adele mula memaparkan transformasinya dengan memuat naik gambar pada ulang tahun kelahirannya yang ke-32 pada 8 Mei lalu. Selain Emily, aktres Sarah Paulson turut dikatakan seiras Adele selepas dia semakin langsing. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button