Cerita ArtisHiburan

Seniman Gesa KKMM Tubuh Jawatankuasa Khas Siasat Isu Dalaman Finas

Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dan Persatuan Animasi Malaysia mencadangkan satu badan bebas terdiri daripada wakil persatuan dan pakar perundangan dilantik sebagai ahli panel jawatankuasa ditubuhkan segera.

Presidennya, Zed Zaidi berkata, ia bertujuan bagi menyediakan laporan kepada pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) berkaitan isu yang melibatkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).

“Situasi ini tidak pernah berlaku di Finas dan ini merupakan satu perkara yang serius berlaku kepada agensi kerajaan yang menjaga hal ehwal industri kandungan kreatif tempatan.

“Sehubungan itu, pihak Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia, Seniman dan Persatuan Animasi Malaysia memohon penjelasan KKMM, apakah sebenarnya yang telah berlaku kerana ia pasti menjejaskan nama baik KKMM apabila seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) direhatkan, seolah-0lah ada sesuatu yang tidak kena.

Pergolakan dalaman Finas berlaku apabila Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Idham dilaporkan telah direhatkan daripada menjalankan tugas-tugasnya bermula 4 Disember lalu dan jawatannya kini dipangku Subaidah Md Top yang sebelum ini merupakan timbalannya.

“Kami juga mahu KKMM menyelesaikan kemelut dalaman antara CEO dan Pengerusi Finas (Datuk Hans Isaac) serta melihatkan kembali komposisi Ahli Lembaga Pengarah Finas yang sepatutnya mempunyai pengalaman dan mampu memberikan nasihat serta memainkan peranan yang berkesan dalam memastikan Finas berada di landasan yang betul dalam membantu memajukan industri kandungan kreatif tempatan,” tulis kenyataan tersebut.

Idham dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Finas pada 14 Mac lalu manakala Datuk Hans Isaac pula memegang jawatan Pengerusi Finas bermula pada 10 April lalu. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button