AntarabangsaHollywood

Setahun Berpisah, Kendra Wilkinson Semakin Pulih Dari Kemurungan

Bekas personaliti televisyen serta model majalah Playboy iaitu Kendra Wilkinson, 34, telah memulakan kehidupan baru selepas hampir setahun menfailkan penceraian terhadap pemain bola sepak Amerika Syarikat, Hank Baskett.

Menerusi kemaskini di akuan Instagram peribadinya Khamis lalu, Kendra mededahkan kesihatan mentalnya mengalami kemurungan selepas berpisah bersama bekas suaminya.

Kendra turut meletakkan beberapa baris kapsyen yang menggambarkan tahap kesihatan mentalnya kini sudah pulih menerusi gambar yang dimuat naiknya.

“Kemurungan yang dialami oleh saya akhirnya hilang. Saya kini sudah kembali dengan sinar baru dan berasa lebih baik.

“Saya menjalani kehidupan yang baru. Ianya sangat berbeza tetapi hubungan anak-anak dan saya telah menjadi lebih rapat daripada sebelum ini.

“Walaupun terpaksa bekerja lebih keras untuk mencari kewangan yang stabil, saya perlu melakukannya tetapi tetap kembali gembira dengan kehidupan yang dilalui. Kadang-kadang setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya,” tulisnya.

Walaupun hampir setahun telah berlalu semenjak Kendra memfailkan penceraian namun pasangan berkenaan masih belum lagi memuktamadkan perpisahan mereka malah Kendra memilih untuk tinggal secara berasingan dengan bergelar ibu tunggal kepada Hank Jr, 9, dan Alijah, 4. -KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button