
“Setan Pun Off Day, Jadi Sapa Yang Setan Sebenarnya?” – Sharnaaz Ahmad Minta Hormati Bulan Ramadan, Hentikan Perbalahan Isu The Original Gangster
Pelakon popular, Sharnaaz Ahmad meminta agar semua pihak untuk berhenti berbalah mengenai isu tentang filem Original Gangster yang diperkatakan sekarang ini.
Menerusi satu perkongsian di Insta Stories, pelakon itu monegasken perbalahan perlu dihentikan untuk menghormati bulan Ramadan.
“Hormati lah Ramadan, tak perlu gaduh-gaduh.
“Setan pun off day, jadi sapa yang setan sebenarnya?,” tulisnya ringkas.
Sebelum ini, pembikinan filem Original Gangster hangat diperkatakan susulan dakwaan Datuk Aaron Aziz yang mengatakan dia telah dibuang daripada filem berkenaan.
Dalam pada itu, Sharnaaz menyatakan dia sesekali tidak akan menarik diri daripada filem berkenaan apabila ada netizen yang meminta dia berbuat demikian.
“Tidak, kami profesional… kami tidak akan tarik diri dengan urusan yang belum selesai. Personal adalah personal. Sebagai pengarah anda (Syamsul) ada mendapat sokongan daripada saya tanpa ragu-ragu.
“Yang tahu je tahu. Makin banyak bercakap, takut terselak kain sendiri kanda… take note,” ujarnya. – KopiPlanet.com