• FOLLOW US
Antarabangsa, Kpop

Setelah Enam Tahun Akhirnya Wassup Tinggalkan Agensi Pengurusan

Kumpulan gadis Korea Selatan Wassup mendedahkan telah meninggalkan agensi pengurusan Mafia Records secara rasmi setelah hampir enam tahun bersama-sama.

Menurut sumber, anggota ini yang terdiri empat ahli iaitu Nari, Jiae, Woojoo, dan Sujin yang telah membuat keputusan untuk mengakhiri kontrak dan tidak memberitahu alasan mereka, semalam.

Sementara itu, anggota ini masih mempunyai masa tersisa untuk aktif dalam industri muzik menerusi kontrak antara Wassup dan agensi pengurusan itu. Namun, mereka terlebih dahulu untuk menamatkan kontrak secara awal.

Wassup telah menubuhkan kumpulan pada 7 Ogos 2013 dengan single pertama berjudul Wassup. Sejak tahun-tahun kebelakagan ini, mereka bukan sahaja dipromosikan sebagai satu kumpulan malah terlibat dengan projek-projek solo yang lain.

Pada asalnya kumpulan ini terdiri tujuh anggota tetapi Nada, Jinju dan Dain telah membatalkan kontrak dengan agensi pengurusan kerana kekurangan dari segi pembayaran kredit. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend