Cerita ArtisHiburan

Setelah Mendapat Kecaman, Noor Kartini Batalkan Keputusan Daftar Nama ‘Harimau Menangis’

Setelah berhadapan dengan pelbagai kecaman netizen, ibu kepada Neelofa iaitu Datin Noor Kartini Noor Mohamed akhirnya membatalkan keputusan untuk mendaftarkan nama ‘Harimau Menangis’ menerusi MyIPO.

Perkara berkenaan diumumkan sendiri oleh beliau dalam satu sidang media khas secara virtual pada hari ini.

“Saya ingin memohon maaf kepada semua dan saya telah mengambil keputusan untuk tidak mendaftarkan produk tersebut.

“Tiada niat saya untuk menutup pintu rezeki sesiapa dan saya percaya rezeki kita masing-masing datangnya daripada Allah SWT,” katanya.

Pada masa sama, Noor Kartini juga memohon maaf di atas kekhilafan terhadap isu yang berlaku sehingga mencetuskan kemarahan orang ramai.

“Tujuan permohonan tersebut dibuat bagi melindungi penggayaan, susun atur grafik, kod warna dan tulisan perkataan ‘Harimau Menangis’ pada bungkusan produk,” ujarnya.

Sebelum ini, ia menjadi pertikaian segelintir netizen apabila permohonan cap dagangan Harimau Menangis keluaran Aunty Tini Kitchen melalui Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) menimbulkan kontroversi apabila ia menjadi viral di media sosial.

Selain itu, turut viral sebuah video yang menujukkan Noor Kartini sedang memasak daging berkenaan selain memberitahu pihaknya sudah mendaftar nama Harimau Menangis untuk dipatenkan.

Isu berkenaan turut mendapat perhatian Ketua Pengarah MyIPO, Datuk Mohd Roslan Mahayudin menjelaskan, nama Harimau Menangis tidak boleh menjadi hak eksklusif syarikat Noor Khan Enterprise milik usahawan berkenaan buat masa ini kerana masih dalam peringkat pemeriksaan. – KopiPlanet.com,

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
1
+1
2
+1
2
+1
0
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button