• FOLLOW US
Antarabangsa, Bollywood

Shah Rukh Khan Berhabis Duit Sambut Ulang Tahun Ke-53

Raja Bollywood, Shah Rukh Khan (SRK) bakal menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-53 pada tanggal 2 November ini.

Jika pada tahun-tahun sebelum ini, SRK lebih gemar meraikan sambutan hari lahirnya di rumah persinggahannya di Alibaug, kali ini aktor itu membuat keputusan mengadakan di kediaman mewahnya di Mannat, Mumbai, India.

Rumah SRK kini diterangi lampu di sekelilingi kediamannya yang sering kali menjadi tumpuan pelancong tempatan dan luar negara yang saban hari akan membanjiri lokasi tersebut.

Selain meraikan sambutan hari lahir bapa anak tiga itu, SRK juga akan melancarkan trailer filem baharu lakonannya, Zero kepada tetamu yang hadir pada majlis keraian itu kelak.

Selain SRK, Zero turut dibintangi Katrina Kaif dan Anuskha Sharma dan kemunculan cameo Salman Khan. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend