Cerita ArtisHiburan

Shaheizy Sam & Syatilla Melvin Kongsi Wajah Anak Ketiga, Pilih Nama Salama Samheizy

Baru sahaja melahirkan cahaya mata ketika pada 9 Mac lalu, pasangan pelakon Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin sudah berkongsi wajah anak ketiga mereka.

Perkongsian tersebut telah dibuat oleh kedua-duanya menerusi akaun Instagram masing-masing serta turut mengumumkan nama anak mereka iaitu Salama Samheizy.

“Salam semua… mempersembahkan hasil menuai kami yang ke-3. SALAMA SAMHEIZY BT SHAHEIZY SAM 3.05kg.

“Keluaq ikut tingkap… Dagu teteppppppppp,” ujarnya Syatilla.

Dalam pada itu, rata-rata rakan dan peminat pasangan pelakon berkenaan mengucapkan tahniah atas kelahiran cahaya mata yang ketiga.

Pasangan berkenaan telah mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan sebelum ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy, 5, dan Sarima Samheizy, 3. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
2
+1
3
+1
0
+1
0
+1
0
+1
2
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button