Rancangan TVTV

Shaza Bae Dinobat Sebagai Juara Dewi Remaja 2019

Peserta dari Kuala Lumpur, Shaza Bae telah dinobatkan sebagai juara Dewi Remaja 2019 yang berlangsung pada malam ini.

Dalam saingan yang berlangsung di Visual Three Studio, Seri Kembangan, Shaza berjaya menewaskan empat lagi peserta iaitu Adriana Ghafar (Naib Juara), Nynaa Harizal (Ketiga), Syamira Izzati (Ke-4) dan Shatirah Amanda (Ke-5).

Sepanjang paparan tujuh episod siaran berlangsung, seramai 12 finalis telah diuji dengan pelbagai cabaran intensif bagi mengenal pasti potensi untuk menyambung legasi jenama Dewi Remaja.

Penilaian dibuat berdasarkan markah daripada pihak juri tetap iaitu Scha Al Yahya dan Yusri Abdul Halim, manakala Datuk Aznil Nawawi dan Dr. Soo Wincci pula bertindak selaku juri tempatan.

Selaku juara, Shaza Bae membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 serta gelaran selaku Dewi Remaja 2019. Pemenang tempat kedua meraih hadiah wang tunai RM7,000, manakala ketiga pula RM5,000 serta tempat ke-4 dan ke-5 pula membawa pulang RM1,000. – KopiPlanet.com

Senarai Pemenang Dewi Remaja 2019
1. Shaza Bae
2. Adriana Ghafar
3. Nynaa Harizal
4. Syamira Izzati
5. Shatirah Amanda

-Dewi Inspirasi
Nina Amin

-Dewi Favourite (undian digital)
Sharlina Gilbert

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button