• FOLLOW US
Event, Hiburan

Sherry & Alif Satar Kekal Hos AJL 33, De Fam Ganti Altimet

Duo pengacara Sherry Al-Hadad dan Alif Satar sekali lagi dipilih sebagai hos anugerah berprestij Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL 33) yang akan berlangsung pada 3 Februari ini.

TV3 mengekalkan Sherry dan Alif kerana aksi mereka yang tidak pernah mengecewakan penonton dengan gelagat yang sentiasa bersahaja ketika mengacarakan majlis tersebut.

Sementara itu, menerusi majlis sidang media itu juga kumpulan De Fam telah diumumkan sebagai penyanyi yang akan menggantikan Altimet yang telah mengambil keputusan untuk bersara daripada bidang nyanyian sejak November lalu.

“Kami sedikit gementar untuk menggantikan Altimet namun kami tetap akan cuba berikan yang terbaik.

“Kami akan bawa lagu Bunga dengan cara sendiri, mengikut muzik olahan yang sudah diubah 80 peratus daripada lagu asal,” kata Azira Shafinaz mewakili ahli kumpulannya, Sophia Liana dan Cik Manggis.

Pada majlis itu juga telah berlangsung pengumuman nombor giliran persembahan finalis pada malam penuh bergemerlapan itu nanti. Majlis sidang media berlangsung di Empire Hotel, Subang Jaya hari ini.

AJL 33 yang mengangkat tema Supernova akan diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 3 Februari ini. Ia akan disiarkan secara langsung menerusi TV3.

Senarai giliran persembahan finalis AJL 33:

1. Khai Bahar – Luluh
2. Haqiem Rusli feat Aman RA – Jatuh Bangun
3. Syamel – Kau Pun Sama
4. Amylea X Kaer – Tak Pernah Hilang
5. Hael Husaini – Hajat
6. Nisan Cinta – Siti Nordiana & Jaclyn Victor
7. Sufian Suhaimi – Di Matamu
8. De Fam – Bunga
9. Siti Sarah – Semakin
10. Ara Johari – Bunga
11. Hael Husaini & Dayang Nurfaizah – Haram
12. Misha Omar – Sampai Bila – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend