AntarabangsaKpop

Shindong Super Junior Kongsi Gambar Turun Berat Badan 17 Kilogram

Ahli kumpulan Super Junior, Shindong baru-baru ini ada berkongsikan gambar terbaharunya dalam misinya untuk menurunkan berat badan.

Bulan lepas, Shindong mengumumkan kepada peminatnya yang dia kini sedang dalam misi menurunkan berat badan untuk lebih sihat dan setakat ini dia sudah kehilangan sebanyak 17 kilogram (kg).

Sebelum ini, beratnya pernah mencecah sehingga 116 kg dan kini sudah berjaya turun ke 99 kg.

Shindong mengambil insiatif untuk menurunkan berat selepas melihat kejayaan Yoo Jae Hwan yang baru-baru ini telah berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 32 kilogram dengan menggunakan program diet yang sama dengan Shindong.

Secara bergurau, Shindong juga mengatakan penata imejnya kini sukar untuk mencari baju untuknya memandangkan dia sudah semakin kurus. Shindong turut melahirkan keterujaannya itu apabila merasakan tubuh ‘baharunya’ itu menjadikan dirinya semakin energetik dan lebih aktif menari di atas pentas. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button