Cerita ArtisHiburan

Shuib & Watie Hanifiah Bakal Berkahwin Jun Ini, Persiapan Sudah Siap 30 Peratus

Pelawak popular dan penyampai radio Suria FM, Shuib akhirnya membuat pendedahan bahawa dia akan mendirikan rumah tangga dengan kekasih hati, Watie Hanifiah yang juga seorang ahli perniagaan pada bulan Jun ini.

Menerusi laporan mStar Online, Shuib berkata setakat ini sudah 30 peratus persiapan perkahwinan telah dibuat, tetapi mengakui agak malu untuk berkongsi tentang majlis pernikahannya nanti.

“Setakat ini 30 peratus persiapan kahwin dah siap, Insya Allah saya dan Watie akan bernikah pada bulan Jun tahun ini dan dewan dah tempah.

“Saya sebenarnya rasa malu nak bercerita fasal ini. Nak kongsi dengan kawan pun saya rasa malu. Insya Allah majlis pernikahan dan bersanding akan diadakan serentak Jun nanti,” katanya.

Menurut Shuib, dia seboleh-bolehnya enggan membuat majlis perkahwinan yang terlalu meriah, namun dia juga tidak mahu hari bahagia mereka berlangsung terlalu ringkas.

Jelasnya, dia sebenarnya lebih memikirkan tentang keluarga, tambahan pula ia merupakan perkahwinan pertama buat bakal isteri itu.

“Pernikahan saya nanti, saya tidak mahulah ia terlalu meriah tapi tak mahu terlalu ringkas juga. Ini kerana saya memikirkan ahli keluarga.

“Bagi Watie sendiri, ini merupakan perkahwinan pertamanya. Jadi, mungkin keluarga dia nak meraikan. Insya Allah majlis kami nanti tak berapa grand, tetapi tak juga terlalu ringkas,” katanya.

Bagaimanapun, Shuib menyatakan bahawa dia tidak menolak sekiranya ada mana-mana pihak yang mahu memberi tajaan buat majlis perkahwinannya nanti.

Ujarnya, diri sendiri terbuka untuk menerima tajaan yang dilihat bakal mendatangkan keuntungan bagi kedua-dua belah pihak.

“Kalau dalam istilah tajaan ini, sudah tentu dua-dua pihak akan mendapat keuntungan. Jadi, kenapa pula kami nak menolak.

“Sekiranya ada yang nak bekerjasama, saya dapat sekian sekian dan mereka pun boleh mendapat liputan, jadi tak salah sekiranya kita bekerjasama. Kalau memang ada yang nak menaja, Alhamdulillah rezeki kami,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Kredit artikel: mStar Online

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button