Cerita ArtisHiburan

Sinonim Antagonis, Azlan Komeng Jadi Ustaz Dalam Anak Perjanjian Syaitan

Sering diberi peranan memainkan watak jahat atau antagonis, kali ini menerusi filem terbitan Screen Studios Sdn. Bhd. berjudul Anak Perjanjian Syaitan, pelakon Azlan Komeng telah dipertanggungjawabkan untuk mengalas watak sebagai seorang ustaz.

Mengulas mengenai wataknya sebagai Ustaz Aznan, Azlan berkata filem ini memberikan satu kelainan apabila dapat menonjolkan sisi lakonannya yang berbeza daripada sebelum ini.

“Sebelum ini orang selalu tengok saya mainkan watak orang jahat atau antagonis. Dalam filem Anak Perjanjian Syaitan, penonton dapat lihat sisi lakonan saya yang lain apabila diberikan peranan seorang ustaz.

“Nak tengok macam mana saya ‘potray’ watak ustaz, boleh tengok filem ini nanti. Dalam filem ini, watak ustaz yang dimainkan saya perlu menunjukkan kebolehan bersilat, yang memang merupakan skill yang saya tahu.

“Kebiasaannya, bila filem-filem seram ustaz hanya perlu membaca ayat-ayat suci Al-Quran, dalam Anak Perjanjian Syaitan ustaznya perlu bersilat di samping membaca surah-surah yang berkenaan. Ia sekali gus memberikan kelainan bagi naskhah filem ini yang turut mempunyai jalan cerita dan plot twist-nya yang tersendiri,” katanya ketika dihubungi KopiPlanet.com.

Walaupun sering kali ditawarkan watak antagonis, Azlan berkata dia tidak pernah berkecil hati dengan perkara itu.

“Saya tidak kisah apabila sering diberikan watak jahat. Saya rasa puas asalkan dapat menyumbang kepada perkembangan jalan cerita sesebuah filem atau drama yang dibintangi. Lagipun ada sesetengah penonton dan peminat memang lagi suka tengok saya bawa watak jahat. Bagi saya itu pun dah terbitkan satu kepuasan apabila orang suka dengan lakonan kita,” ujarnya lagi.

Ketika diminta berkongsi pengalaman mistik ketika menjalani penggambaran Anak Perjanjian Syaitan, Azlan berkata, “Alhamdullillah, sepanjang penggambaran tiada berlaku sebarang kejadian pelik atau mistik. Sebelum memulakan penggambaran, krew produksi terlebih dahulu dah ‘pagar’ kawasan tersebut agar kerja-kerja yang dilakukan berjalan lancar.”

Anak Perjanjian Syaitan yang diarahkan Helmi Yusof bakal ditayangkan pada 24 Oktober ini di pawagam seluruh negara. Filem itu turut dibintangi Nadzmi Adhwa, Chacha Maembong, Jasmin Hamid dan Shahrulnizam Noor. – KopiPlanet.com

Sinopsis:

Anak Perjanjian Syaitan mengisahkan tentang Cikgu Zaidy (Nadzmi Adhwa) dan isterinya, Azlinda (Chacha Maembong) yang sudah tujuh tahun berkahwin, tetapi tidak mempunyai cahaya mata. Mereka berdua sentiasa ditekan oleh ibu Cikgu Zaidy iaitu Puan Rahmah (Jasmin Hamid) seorang janda kaya kematian suami yang terlalu ingin menimang cucu. Cikgu Zaidy selalu didesak supaya berkahwin lain dan Azlinda sentiasa dicemuh oleh ibu mertuanya itu.

Kemudian Cikgu Zaidy memohon untuk berpindah tempat kerja supaya memperoleh ketenangan dan ditempatkan di sebuah kampong di daerah kelahiran arwah bapanya. Mereka tinggal di rumah pusaka nenek Cikgu Zaidy. Rumah pusaka yang terpencil dan menyeramkan itu dijaga oleh tukang kebun, Pak Man (Shahrulnizam Noor) dan sudah tidak didiami selama lebih lima tahun.

Sejak berpindah ke rumah tersebut, Azlinda sering menerima gangguan berupa suara bayi dan kanak-kanak bermain yang sering menghantuinya sehingga dia histeria dan pengsan. Apabila di bawa ke klinik, Azlinda telah disahkan hamil oleh doktor.

Bagaimanapun, setelah disahkan hamil, Azlinda masih sering diganggu lagi, mimpi yang aneh dan perutnya yang tiba-tiba membesar secara luar biasa. Sehingga suatu hari semasa diganggu dia berlari keluar dan hampir dilanggar oleh jirannya yang ‘misteri’. Apakah kesudahannya, jangan lupa tonton filem Anak Perjanjian Syaitan di pawagam seluruh negara pada 24 Oktober 2019. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button