Cerita ArtisHiburan

Siti Nurhaliza Sah Berbadan Dua… Kini Sedang Hamil Empat Bulan

Teka-teki mengenai berita kehamilan Datuk Seri Siti Nurhaliza terjawab apabila penyanyi nombor satu negara itu sedang hamil empat bulan.

Berita gembira tersebut dikongsikan sendiri oleh beliau menerusi Instagram miliknya serta secara langsung ketika live streaming pelancaran produk BeauSiti.

“Alhamdulillah. Hari ini 1 Disember 2020, saya dan suami membuat pengumuman rasmi mengenai kehamilan saya yang sudah pun berusia 4 bulan.

Tiada niat untuk berdiam diri selama beberapa bulan ini namun saya dan suami berfikir, apabila tiba waktu yang sesuai, kami tetap akan berkongsi berita ini dengan semua, terutamanya keluarga, saudara mara, sahabat handai, para peminat dan sesiapa sahaja yang mengenali kami,” tulisnya.

Sebelum ini, ramai peminat penyanyi berkenaan sudah seperti dapat menjangkakan kehamilan tersebut apabila melihat baby bump di gambar-gambar yang dimuat naik di laman sosial.

Dalam pada itu, beliau turut memohon doa semua supaya beliau dan bayi di dalam kandungan diberikan kesihatan, dipermudahkan hari-hari ke depan ini sehinggalah saat melahirkan nanti.

“Terima kasih sekali lagi kepada kalian yang sangat memahami dan tidak putus mendoakan saya selama ini.

Saya amat bersyukur di atas kurniaan Allah ini, anugerah yang sangat berharga kerana saya diberi peluang untuk hamil selepas Siti Aafiyah berusia dua tahun lebih. Alhamdulillah. Terima kasih semua dan doakan saya ya,” tulisnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button