Cerita ArtisHiburan

Sokongan Isteri Faktor Amir Jahari Bangkit Semula Dalam Nyanyian

Mengakui pernah melalui fasa kemurungan dalam merencana kerjaya seninya, Amir Jahari berkata sokongan moral daripada isterinya, Kartini Sukiman menjadi penyumbang kepada kebangkitan semulanya dalam industri seni.

Muncul dengan album terbaharu, Siang Dan Malam, Amir menterjemahkan semua perasaan dan pengalamannya sepanjang lima tahun lalu menerusi album tersebut.

“Album ini adalah berdasarkan pengalaman hidup saya sepanjang lima tahun terakhir ini.

“Akibat tertekan kerana lagu saya kurang mendapat sambutan di samping beberapa masalah lain, saya pernah hilang pedoman dan seperti orang gila.

“Mujurlah isteri saya banyak memberikan sokongan malah dia juga mencadangkan agar saya menubuhkan label sendiri iaitu Sekalo Music Production. Dari situ saya bangkit bagi memperjuangkan karya seni saya,” katanya kepada KopiPlanet.com.

Amir ditemui pada majlis pelancaran album Siang Dan Malam di Puchong, baru-baru ini.

Penyanyi berusia 26 tahun itu juga bakal mengadakan satu mini showcase pada 10 November ini bertempat di Live Fact, Damansara bagi memperkenalkan seleksi lagu dalam Siang Dan Malam.

Tiket konsert berharga RM35 boleh didapati dengan melayari laman Instagram Amir Jahari dan setiap pembelian tiket akan disertakan dengan CD Siang Dan Malam secara percuma. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button